LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BANK MUAMALAT



SHAH ALAM,  25 Julai 2013 – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menunaikan zakat perniagaannya berjumlah RM264,351.41  kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

Cek zakat perniagaannya itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Bank Muamalat, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.