LZS TERIMA SIJIL AUDIT BERSIH KALI KE-7



SHAH ALAM, 27 Ogos 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memperoleh Sijil Audit Bersih dari Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kutipan dan Agihan Zakat untuk tahun berakhir 2014.

Penganugerahan sijil ini membolehkan LZS mengekalkan pencapaian menerima sijil bersih untuk kali ke-7 sejak tahun 2008.

Sijil tersebut telah diserahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali bertempat di ibu pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).