LZS TERIMA LAWATAN MAHASISWA UITM, DUNGUN



SHAH ALAM, 15 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor hari ini (LZS) menerima lawatan dari mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM)cawangan Dungun, Terengganu bertempat di Bangunan Zakat Selangor dekat sini.

Mereka ini terdiri daripada mahasiswa diploma dalam Pengajian Perniagaan yang diiringi Pensyarah, Ferozah Haini Mohamed Amin.

Taklimat disampaikan oleh Pengurus Sektor Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim meliputi peranan LZS di Selangor dan fungsi Sektor Komunikasi Korporat di LZS.

Semoga penyebaran informasi zakat kepada generasi muda dapat memberi pencerahan terhadap usaha LZS dalam menyebarluaskan dakwah zakat di Selangor.