LZS TAJA PELAJAR DERMASISWA KE TIMUR TENGAH



KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2016 – Seramai 24 orang pelajar yang mendapat tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) berlepas ke Jordan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang.

Mereka ini merupakan sebahagian daripada 67 orang pelajar tajaan Dermasiswa Zakat Selangor yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Timur Tengah bagi sesi 2016-2017.

Daripada jumlah tersebut, 39 orang pelajar telah dihantarkan ke Mesir pada 10 Julai lepas, manakala empat orang lagi dijadualkan akan berlepas ke Maghribi pada 17 September ini.