LZS SUMBANG BEKALAN AIR MINUMAN BERSIH



KUALA LANGAT, 19 Februari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Langat menyumbangkan bekalan air minuman bersih kepada penduduk di sekitar Kampung Bukit Changgang yang terputus bekalan air sejak seminggu lalu.

Penduduk di kampung berkenaan telah menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan air berikutan berlaku pencemaran ammonia di loji bekalan air berhampiran.

Bantuan  yang melibatkan 7,800 liter air minuman bersih diperuntukkan kepada 500 keluarga di kampung berkenaan. Setiap keluarga dibekalkan sebanyak 11 liter air bersih dan ia merupakan bantuan di bawah peruntukan asnaf fisabilillah.