LZS SERTAI KEJOHANAN ‘PAINTBALL’ AMAL TERTUTUP



PETALING JAYA, 11 Mei 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Paintball Amal Tertutup anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diadakan di Malaysian Paintball Academy (MAPAAC).

LZS diwakili Sektor Dakwah dan Pemasaran, Pejabat Kutipan dan berjaya membawa pulang hadiah berupa hamper, pingat beserta cek bernilai RM200.

Sebanyak 40 pasukan menyertai kejohanan ini yang melibatkan pelbagai ejensi seperti MARA, Sime Darby dan Gamuda.

Di program berkenaan, LZS turut mengambil peluang membuka Kaunter Bergerak zakat bagi memberikan penerangan mengenai zakat kepada kalangan peserta, khususnya bagi generasi muda melalui pendekatan lebih santai dikenali sebagai ‘Zakat Sport’.