LZS SERAH SUMBANGAN ZAKAT UNTUK PROGRAM SAHABAT KORPORAT TH



KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat untuk Program Sahabat Korporat Tabung Haji berjumlah RM1.03 juta di majlis simbolik penyerahan sumbangan dan penghargaan sahabat korporat Tabung Haji (TH) musim haji 1436H di sini hari ini.

040815 Sumbangan Sahabat Korporat Tabung Haji

Ia diadakan bagi memberi penghargaan kepada syarikat korporat dan swasta yang menyumbang di samping meraikan bakal jemaah TH ke tanah suci.

Sumbangan zakat ini merupakan agihan semula 3/8 daripada jumlah zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh TH pada tahun ini. Penyerahan sumbangan zakat disampaikan oleh Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.