LZS SERAH SEMBILAN VAN JENAZAH UNTUK PAID SELANGOR



Tarikh : 6/23/2009
Penulis : Editor

Shah Alam — Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS menyerahkan sembilan buah van jenazah berjumlah RM990 ribu kepada sembilan Pejabat Agama Islam Daerah di Selangor bagi membantu memudahkan lagi urusan menguruskan jenazah.

Majlis penyerahanan disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa yang menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Hj. Mohammed Kushrin bin Hj. Munawi di sini pada 22 Jun.

Bantuan van jenazah adalah salah satu bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah yang bertujuan membantu menangani maslahah ummah. Sebelum ini LZS (MAIS) menyerahkan sebanyak 11 buah van jenazah kepada masjid terpilih di Selangor.