LZS SERAH RM38,000 INSURAN KHAIRAT KEMATIAN PENOLONG AMIL FITRAH



PETALING–Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan insuran khairat kematian kepada empat orang penolong amil fitrah yang meninggal dunia di Majlis Taklimat Penolong Amil Fitrahperingkat Petaling baru-baru ini.

Setiap waris menerima RM12,000 seorang bagi mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan manakala RM2,000 disebabkan kematian biasa.

Penerima sumbangan ini ialah Allahyarham Rokman Bahrom,71 (RM12,0000), Safii Sajat, 62 (12,000), Zaini Tamsir,43 (12,000) dan Mohmmad Noor Bin Sanusi,57 sebanyak RM2,000.

Isteri kepada Allahyarham Rokman, Zainab Baharuddin,47 berkata, beliau amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diterima ini. Suaminya meninggal akibat jatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki rumah beliau.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Tn Hj Mohamed Izam Mohamed Yusof. Bantuan ini bertujuan sebagai menghargai jasa perkhidmatan penolong amil fitrah ini kepada LZS terutamanya dalam urusan kutipan zakat fitrah dan bancian asnaf fakir miskin di kariah mereka.

Turut hadir, Pengurus Besar Pejabat Kutipan, Tn Hj Sahadan Ishak