LZS SERAH BANTUAN MODAL PERNIAGAAN



SHAH ALAM, 19 Mac 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan modal perniagaan berupa sebuah kenderaan Perodua Kembara kepada Bischura Jamaldin, 44 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Bangunan Zakat Selangor di sini hari ini. Selain itu, beliau turut menerima bantuan modal pusingan berjumlah RM2,000.

Bischura merupakan asnaf miskin daerah Hulu Langat dan menjalankan perniagaan menjual kain, tudung dan pakaian di tapak pasar malam Uptown Kajang.

Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Leave a Reply