LZS SERAH 10 BUAH VAN JENAZAH



SHAH ALAM, 29 Mei 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan van jenazah berjumlah RM1.09 juta kepada sepuluh buah masjid di Selangor bagi membantu memudahkan lagi urusan menguruskan jenazah.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar yang menyerahkan replika kunci van jenazah kepada wakil bagi setiap masjid.

Bantuan van jenazah adalah salah satu bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah yang bertujuan membantu menangani maslahah ummah. Ia diperuntukkan kepada masjid-masjid yang masih tidak memiliki kemudahan kenderaan untuk mengurus jenazah dan berdasarkan jumlah kariah yang ramai.