LZS SEBAR DAKWAH ZAKAT KEPADA MASYARAKAT



BATU ARANG, 26 Oktober 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyebarkan dakwah zakat dengan menyertai program Batu Arang MTB Fun Ride 2014 anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Arang dan Majlis Perbandaran Selayang bertempat di padang awam Pekan Batu Arang di sini.

Program ini merupakan sebahagian daripada Kempen Zakat Di Hati. Ia ini turut mendapat kerjasama dari Kumpulan Media Karangkraf.

Dalam program tersebut, seramai 400 orang peserta terbabit dalam acara kayuhan sepanjang 24km bagi memperkenalkan trek berbasikal MTB Batu Arang kepada masyarakat. Di samping itu, LZS turut mengedarkan risalah zakat kepada para peserta yang menyertai program.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Pengurus Operasi Daerah Gombak, Khairul Azhan Ahmat.

IMG-20141026-WA0005