LZS SALUR RM2.5 JUTA UNTUK 164 BUAH SEKOLAH ANGKAT DI SELANGOR



SHAH ALAM, 10 April 2013 – Sebanyak RM2.5 juta bantuan zakat diperuntukkan kepada 15,926 pelajar asnaf fakir dan miskin dari 164 buah sekolah melalui Program Sekolah Angkat (PROSA) 2013 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bantuan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Operasi Agihan LZS, Dato’ Ibrahim Md. Yusoff di sini hari ini.

Ia melibatkan seramai 7,500 pelajar sekolah rendah dan 8,426 pelajar sekolah rendah di seluruh Selangor. Melalui PROSA 2013, setiap sekolah akan menerima di antara RM10,000 hingga RM25,000 bergantung kepada jumlah pelajar asnaf di sekolah terbabit.

PROSA 2013 merupakan kesinambungan daripada program terdahulu yang telah dimulakan sejak tahun 2009. Ia adalah program bersama di antara LZS dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dengan memfokuskan kepada anak-anak asnaf yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STAM. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah kelas tambahan, kursus motivasi, kursus teknik menjawab dan kem sahsiah diri.

Turut hadir pada majlis ini ialah, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam JPS, Safuan Anuar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.