LZS SALUR LEBIH RM225 RIBU UNTUK 750 KELUARGA MANGSA BANJIR



KUALA LANGAT, 10 Januari 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan zakat berjumlah RM225,000 kepada 750 keluarga berikutan kejadian banjir buruk yang melanda Kuala Langat baru-baru ini. Majlis penyerahan bantuan diadakan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang hari ini.

Mereka yang menerima bantuan terdiri daripada penduduk di kawasan Kampung Labohan Dagang, Kampung Bukit Changgang dan Kampung RTB Bukit Changgang.

Dalam majlis tersebut, setiap keluarga menerima sumbangan zakat berjumlah RM300 bagi meringankan beban kepada mangsa yang kehilangan harta benda akibat bencana alam itu. Bantuan zakat ini merupakan peruntukan di bawah fisabilillah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tanjung 12 (II), Mohd Ezham Mohd Azmi dan Ketua Sektor Perancangan dan Pemantuan LZS, Zaidi Rasid.

Leave a Reply