LZS RAIKAN PESAKIT WAD KANAK-KANAK HTAR



KLANG, 23 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan 140 orang pesakit di wad kanak-kanak bersempena dengan program ‘Kita Enjoy!’ bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Program ini merupakan program ‘Zakat Social Responsibility’ (ZSR) yang diadakan bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Ia adalah inisiatif bagi merapatkan ukhuwwah di antara LZS, pihak HTAR serta para pesakit kanak-kanak termasuk penjaga mereka.

20151023_145738

Dalam program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali telah menyampaikan sumbangan beg berisi makanan kesihatan kepada para pesakit kanak-kanak ini. Selain itu, LZS turut menyumbangkan peralatan berupa rak buku, tikar dan juga barangan mainan untuk kegunaan pesakit kanak-kanak di sini.

20151023_150808

Hadir sama dalam program ini, Ketua Unit Kawalan Infeksi dan Antibiotik HTAR, Dr. Shabuddin Ibrahim.