LZS RAIKAN KERJASAMA EJEN KUTIPAN DAN PENOLONG AMIL 2014



SHAH ALAM, 12 Mac 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan komitmen dan sumbangan ejen kutipan yang membantu menyebarkan dakwah zakat sekali gus meningkatkan kutipan zakat di Selangor, dalam Majlis Anugerah dan Penghargaan LZS 2014.

Ia disempurna oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa di Wisma PKPS dekat sini.

Majlis Anugerah dan Penghargaan LZS 2014 ini diadakan khusus untuk menghargai wakil firma audit dan percukaian, ejen syarikat, bank, pejabat pos, penolong amil institusi pengajian tinggi (IPT), fitrah dan padi serta. Turut diraikan, syarikat-syarikat korporat yang merupakan pengeluar zakat perniagaan dan majikan yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji di LZS.

Sebanyak 9 anugerah membabitkan 21 kategori dan 3 anugerah khas disampaikan dalam majlis tersebut.  Anugerah tersebut ialah Anugerah Kesetiaan Perkhidmatan, Anugerah Kesetiaan Pelanggan, Anugerah Prestasi Terbaik 2014, Anugerah Komitmen Terbaik 2014, Anugerah Penolong Amil Fitrah Terbaik 2014, Anugerah Penolong Amil Padi Terbaik 2014, Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2014, Anugerah Pengurusan Zakat Perniagaan Terbaik 2014 (Peratus Peningkatan Kutipan Tertinggi) dan Anugerah Pengurusan Zakat Perniagaan Terbaik 2014 (Komitmen Terbaik).

Manakala tiga anugerah khas turut diberikan iaitu Anugerah Muaz bin Jabal (Kategori Ejen Kutipan), Anugerah Umat Al-Khattab (Kategori Bayaran Zakat Melalui Skim Berkat) dan Anugerah Abdul Rahman bin Auf (Kategori Bayaran Zakat Perniagaan).

Turut hadir, Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Siti Maslamah Osman, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar, Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi MAIS Zakat Sdn Bhd, Dato’ Ibrahim Md. Yusof. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

rsz_lzs_3226_copy

SENARAI PENUH PENERIMA ANUGERAH:

1. ANUGERAH KESETIAAN PERKHIDMATAN
i. Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

ii. Kategori Ejen Korporat
ATAREK KAMIL IBRAHIM & CO

iii. Kategori Ejen Kemudahan Bayaran
AGRO BANK

2. ANUGERAH KESETIAAN PELANGGAN (INDIVIDU)
i. SYED MANSUR BIN SYED JUNID
ii. SARIMAH BINTI MD SAID

3. ANUGERAH PRESTASI TERBAIK 2014
i. Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

ii. Kategori Ejen Korporat
ABD AZIZ BIN ABU BAKAR

iii. Kategori Ejen Kemudahan Bayaran – Perkhidmatan Melalui Kaunter
POS MALAYSIA BERHAD

iv. Kategori Ejen Kemudahan Bayaran – Perkhidmatan Secara Atas Talian
PUBLIC BANK BERHAD

4. ANUGERAH KOMITMEN TERBAIK 2014
i. Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

ii. Kategori Ejen Korporat
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA (ANGKASA)

iii. Kategori Ejen Kemudahan Bayaran – Perkhidmatan Melalui Kaunter
BANK SIMPANAN NASIONAL

iv. Kategori Ejen Kemudahan Bayaran – Perkhidmatan Secara Atas Talian
RHB ISLAMIC BANK

5. ANUGERAH PENOLONG AMIL FITRAH TERBAIK 2014
MOHD ZAINUDIN BIN CHE NGAH

6. ANUGERAH PENOLONG AMIL PADI TERBAIK 2014
SAHALAN BIN YAHYA

7. ANUGERAH PENGURUSAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI TERBAIK 2014
i. Kategori Kerajaan
POLIS DIRAJA MALAYSIA

ii. Kategori Badan Berkanun
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

iii. Kategori Swasta – Peningkatan Kutipan Terbaik
PBJV GROUP SDN BHD

iv. Kategori Swasta – Peratus Peningkatan Kutipan Terbaik
UMV TOYATA MOTOR SDN BHD

8. ANUGERAH PENGURUSAN ZAKAT PERNIAGAAN TERBAIK 2014
(Peratus Peningkatan Kutipan Tertinggi)
i. Kategori Syarikat Korporat
UMV HOLDINGS BERHAD

ii. Kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana
ERA WHIZ ICT SDN BHD

9. ANUGERAH PENGURUSAN ZAKAT PERNIAGAAN TERBAIK 2014
(Komitmen Terbaik)
KUMPULAN DRB HICOM BERHAD

ANUGERAH KHAS
1. ANUGERAH MUAZ BIN JABAL
(Ejen Kutipan)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

2. ANUGERAH UMAR AL-KHATTAB
(Bayaran Zakat Melalui Skim Berkat)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SELANGOR

3. ANUGERAH ABDUL RAHMAN BIN AUF
(Kategori Bayaran Zakat Perniagaan)
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)