LZS RAI 167 ORANG PELAJAR



Tarikh : 6/8/2009
Penulis : Khairul Izwan b. Bakeri

Bangi – Lembaga Zakat Selangor meraikan 167 pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menerima dermasiswa zakat ke luar negara dalam satu majlis sempena keberangkatan mereka ke luar negara baru-baru ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco.

Daripada jumlah tersebut, 103 pelajar akan melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab Gujraat dan 28 orang dalam bidang Perubatan. Manakala seramai 23 orang akan ke Jordan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab Gujraat dan 13 orang lagi akan ke Morocco mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab Gujraat.

Majlis penutup ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor,Y.B Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali.Turut disampaikan surat tawaran dermasiswa dan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 serta dokumen perjanjian dermasiswa .

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar dan wakil Dekan Bahasa (KUIS).