LZS LANCAR TAHUN ZAKAT SELANGOR SEMPENA 15 TAHUN PENUBUHANNYA



Tarikh : 6/1/2009
Penulis : editor; Gambar: zool

Bangi – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan Tahun Zakat Selangor (TZS), dengan tema ‘meneraju perubahan’ bagi meningkatkan keberkesanan terutama terhadap kesedaran masyarakat dalam menunaikan zakat dan meraikan 15 tahun penubuhannya di sini pada 29 Disember 2008.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada majlis sambuatan Maal Hijrah peringkat negeri Selangor di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli Mahmud berkata, tempoh 15 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek dan dengan pengalaman itu, banyak kejayaan telah dicapai oleh LZS terutamanya dalam membangunkan ummah dengan kutipadan dan agihan zakat yang sistematik.

“Ini adalah bukti keseimbangan sosioekonomi dalam Islam dan saya yakin LZS terus komited memikul amanah menguruskan institusi zakatini, umat Islam akan terus terbela,” katanya ketika berucap pada majlis tersebit.

Selain itu, katanya objektif kempen itu adalah untuk melaksanakan perubahan penyampaian system agaihan zakat melalui lima program utama agihan zakat yang akan dijenamakan semula, memaksimumkan potensi kutipan zakat melalui strategi terancang dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berzakat.

TZS merupakan kempen yang diadakan bagi meningkatkan kempen kesedaran berzakat dan meraikan 15 tahun penubuhan LZS. Disamping itu objektif diadakan TZS ialah bagi melaksakan perubahan penyampaian sistem agihan zakat melalui lima program utama agihan zakat yang akan dijenama semula, memaksimakan kempen kutipan zakat melalui strategi terancang dan mesra pelanggan, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berzakat dan berjihad membasmi kemiskinan.

Sebelum ini kempen seumpama ini turut diadakan tetapi hanya dalam tempoh sebulan yang dikenali sebagai Bulan Zakat Selangor (BZNS). Ia diadakan sepanjang bulan Muharram. Namun, pada tahun 2009 ini kempen diadakan lebih panjang iaitu selama setahun mengikut tahun Hijrah bermula bulan Muharam ini.

Pelbagai program telah diatur selama setahun melibatkan aktiviti dakwah secara terus kepada orang ramai seperti program Kempen Tambah Caruman SPG, Ops Tol Perdana, Treasure Hunt “Mencari Harta Rikaz”, Karnival Zakat @ Pasaraya, Kembara Mencari Sinar –SDZ dan sebagainya.

Turut diadakan program pembelaan asnaf yang menjurus kepada penjenamaan program bantuan agihan zakat meliputi program pembangunan ekonomi, pendidikan, social, insane dan pembangunan institusi agama.

Antaranya aktiviti yang disusun ialah Kembara Mencari Sinar, Karnival Masjid Selangor, Bengkel Khas Majikan, Pelancaran Asrama Anak Fakir Miskin dan Perhimpunan Mahasiswa/Siswi, Karnival Usahawan Asnaf, Sumbangan Pesakit Kronik, Pelancaran Kaunter Ekspres, Kayuh Amal Perdana, Anugerah Pelajar Cemerlang dan sebagainya.

Melalui program TZS ini, LZS berharap masyarakat akan lebih memahami kepantingan menunaikan zakat seterusnya menjadikan zakat sebagai tanggungjawab utama yang wajib ditunaikan. Disamping itu, dapat mendedahkan tentang usaha LZS yang sentiasa komited menguruskan agihan zakat sebagai institusi yang telah diamanahkan menguruskan dana zakat bagi memastikan sosio-ekonomi umah sentiasa terbela dan dibela.

Setiap aktiviti TZS yang terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my.