LZS LANCAR KAUNTER BERGERAK MUDAHKAN MASYARAKAT TUNAI DAN MOHON ZAKAT



Shah Alam, 19 Januari  2011 – Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan sebuah Kaunter Bergerak, bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya di destinasi terpilih yang menjadi tumpuan ramai.

Pelancaran dilakukan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa di sini pada 19 Januari.

Antara perkhidmatan disediakan di kaunter bergerak ini ialah penerangan dan pembayaran zakat serta permohonan bantuan zakat. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang lokasi kaunter bergerak ini bolehlah melayari portal LZS di www.zakatselangor.com.my.

Sehingga kini, LZS memiliki 24 buah kaunter perkhidmatan zakat termasuk 23 buah kaunter tetap yang boleh dikunjungi untuk sebarang urusan mengenai zakat.