LZS LAKSANAKAN TAKLIMAT KHAS TAKSIRAN SEMULA



SHAH ALAM, 25 Mei 2015—Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang giat menjalankan sesi taklimat khas khusus untuk kakitangan kerajaan bagi memberi penerangan berkenaan Pekeliling Zakat 2015 Taksiran Semula Unit Gaji Jabatan Akauntan Negara (AG) Negeri Selangor dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

Taksiran yang dilaksanakan setiap tiga tahun sekali ini melibatkan 63,000 kakitangan jabatan dan sekolah di bawah unit gaji Akauntan Negara (AG) Negeri Selangor dan jabatan di bawah Perbendaharaan Negeri Selangor. Sehingga kini, sebanyak tujuh siri taklimat telah diadakan di seluruh Selangor.

Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan taksiran semula ini diminta memberi maklum balas di pautan www.zakatselangor.com.my/pekeliling.