LZS KINI DI HALFEST 2012



KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2012 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyertai Ekspo Halal Fiesta Malaysia Ke-2 (HALFEST 2012) yang berlangsung dari 10 hingga 14 Oktober, 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Tinjauan mendapati, kewujudan tapak pameran LZS di petak 2139 telah mendapat sambutan pengunjung untuk memperolehi pelbagai informasi terkini mengenai zakat.

LZS menawarkan pelbagai perkhidmatan sepanjang pameran berlangsung, antaranya maklumat mengenai zakat harta, agihan zakat, taksiran zakat dan termasuklah pembayaran zakat.