LZS DEKATI KETUA MASYARAKAT ORANG ASLI



BANGI, 5 November 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Majlis Ramah Mesra Ketua Masyarakat Orang Asli 2018 yang disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Bakhtiar Hussin di sini baru-baru ini. 

Majlis yang menghimpunkan seramai 100 peserta terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung, Tok Batin Islam dan bukan Islam, Penolong Amil Kariah serta Penggerak Mualaf Orang Asli di Selangor berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 Oktober ini.

DSC_0681

Ia diadakan bagi mengeratkan hubungan antara LZS dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kepimpinan Orang Asli Islam serta bukan Islam di seluruh Selangor.

Selain itu, pertemuan ini membuka ruang kepada LZS memberi penerangan dan pemahaman berkaitan skim bantuan dan kebajikan yang disediakan khusus untuk asnaf mualaf. Malah, program ini menjadi platform untuk memperkenalkan keindahan dan nilai murni Islam khusus kepada peserta bukan Islam.

DSC_0696

 Turut disampaikan dalam majlis tersebut, anugerah khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan Tok Batin terbaik yang memberikan komitmen tinggi dalam menjalinkan kerjasama dengan agensi serta masyarakat.

Hadir sama dalam majlis, Ketua Pegawai Penyeralas (Officer In Charge)LZS, Abdul Basith Hamid.