LZS DAN MASJID SG. UDANG AGIH BUBUR LAMBUK



KLANG, 27 Jun 2015 – Sempena Ramadan ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah Klang dengan kerjasama Masjid Kampung Sungai Udang menganjurkan program Jom Kacau Bubur Lambuk dan mengagihkan kira-kira 2,000 bungkus juadah tersebut kepada penduduk dan agensi-agensi kerajaan di kawasan sekitar.

IMG-20150627-WA0016

Program yang bermula seawal pukul 8.30 pagi ini diadakan secara gotong-royong bagi menyediakan dan seterusnya memasak bubur lambuk tersebut untuk diagih-agihkan sewaktu Ops Bazar di Sungai Udang.

IMG-20150627-WA0029

Menurut Pengurus Daerah Klang, Saiful Anuar Abdul Saleh, “Program ini merupakan antara aktiviti yang diadakan sepanjang Ramadan. Ia dilihat dapat mengeratkan hubungan antara LZS dengan pihak masjid, selain menyumbang kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang memerlukan .”