LZS DAN DR ZULKIFLI BEKERJASAMA SEBAR DAKWAH ZAKAT



BANGI – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan aktiviti Jejak Ilmuan dengan menziarahi Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah tersohor bagi menjalinkan kerjasama terutama berkaitan aktiviti ceramah.

Pertemuan singkat bersama beliau ini memberi ruang kepada pihak LZS berbincang dan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan agihan dan kutipan zakat di Selangor.

Bagi Ustaz Dr Zulkifli, usaha LZS ini amat dipuji dan perlu disokong oleh semua pihak agar dakwah zakat ini lebih meluas,” ujarnya.