LZS CAWANGAN CHERAS DI LOKASI BARU BERMULA HARI INI



 CHERAS, 16 November 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Cheras beroperasi di lokasi baru bermula hari ini di alamat 51-A, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn berhadapan pintu utama Masjid Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Cawangan LZS di Cheras sebelum ini yang terletak di Wisma Dato’ Lope, Batu 7, Jalan Cheras ditutup operasi sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berada di sekitar Cheras yang ingin membuat sebarang urusan zakat sama ada agihan mahupun pembayaran zakat boleh melakukannya di lokasi baru ini.

Waktu urusan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.45 petang. Cawangan ini turut beroperasi pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Sebarang pertanyaan, hubungi Talian Zakat Selangor di 1-800-88-5353.