LZS BANTU MOHD FADZIL



SHAH ALAM, 12 Oktober 2015 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan kes viral seorang asnaf patah tulang akibat jatuh pokok  dan memerlukan wang untuk kos pembedahan, yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun facebook (FB) baru-baru ini.

Dalam muat naik FB tersebut menyatakan seorang asnaf, Mohd Fadzil Mat Rathi telah patah kaki akibat jatuh dari pokok sewaktu memetik buah mangga. Ekoran daripada kejadian tersebut, beliau perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan alatan sokongan pada tangan dan kakinya dengan kos pembedahan sebanyak RM5,800. Melalui viral itu juga dikatakan Mohd Fadzil telah membuat permohonan  zakat untuk memohon pembiayaan kos pembedahan, namun perlu menunggu tiga bulan untuk kelulusan.

FotorCreated

Hasil semakan rekod LZS mendapati Mohd Fadzil merupakan asnaf miskin dan telah membuat permohonan bantuan perubatan pada tarikh 7 Oktober 2015. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak LZS pada 9 Oktober sebanyak RM2,900 berdasarkan kepada kos pembedahan alatan sokongan yang diperlukan oleh beliau merujuk kepada surat dari pihak Hospital Kajang.

 

LZS berharap dengan bantuan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban kos pembedahan Mohd Fadzil.