LZS ANJURKAN PROGRAM SEMBANG BERKAT 2013



SHAH ALAM, 26 Mac 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan program Sembang Berkat 2013 yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Mohammed Khusrin Munawi di sini hari ini.

Program ini dihadiri oleh ketua unit gaji bagi badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ia bermatlamat memberi maklumat terperinci berkaitan taksiran semula zakat pendapatan bagi kakitangan Muslim di bawah agensi badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan PBT.

Selain itu, program ini turut menjadi medan kepada LZS untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan pengurusan zakat di Negeri Selangor.

Pada tahun 2012, sebanyak RM11.2 juta dikutip melalui potongan zakat bagi badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri serta PBT melibatkan 11,711 kakitangan yang mencarum. Sehubungan itu pada tahun ini, LZS mensasarkan peningkatan kutipan zakat sebanyak 20 peratus serta peningkatan pencarum sebanyak 50 peratus hasil daripada taksiran semula yang dilaksanakan.

Serentak dengan itu, LZS melancarkan ‘Operasi Pekeliling Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2013′ bagi memberi kesedaran lebih ramai penjawat awam mengenai kepentingan meningkatkan jumlah potongan gaji mereka.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof