LZS ANJUR PROGRAM SANTAI MESRA GERAK



KUALA SELANGOR, 29 Mac 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah Kuala Selangor menganjurkan program Santai Mesra Gerak bertempat di  Dataran Kaki Bukit Malawati di sini.

Program yang diadakan sehari ini bertujuan untuk mendekati di samping menyebarkan dakwah zakat kepada masyarakat di sekitar Kuala Selangor. Selain itu, orang ramai yang hadir berpeluang mendapatkan perkhidmatan urusan zakat melalui Kaunter Bergerak LZS.

Pelbagai aktiviti dilaksana bagi menarik para pengunjung antaranya termasuklah aktiviti seperti Kuiz Roda Impian, Kick Star dan puzzle. Program ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti bagi memeriahkan acara seperti Shamsul Ghau Ghau, Aris Ariwatan dan Adam Corrie. Turut diedarkan risalah berkaitan zakat bagi tujuan dakwah. Pada masa yang sama pengunjung juga berpeluang mendekati dan merasai pengalaman di Mini Konti Zakatfm bersama barisan artis yang hadir.

Hadir sama Pengurus Besar Agihan LZS, Abdul Basith Hamid