LZS ANJUR MESRA MAJIKAN 2014



SHAH ALAM, 19 November 2014 – Seramai 100 orang wakil ejen kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghadiri majlis Mesra Ejen 2014 anjuran LZS bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) dekat sini hari ini.

Majlis yang diadakan setengah hari ini bertujuan menjalinkan hubungan erat dalam kalangan ejen kutipan LZS, di samping bertukar-tukar pandangan dengan LZS bagi meningkatkan lagi prestasi pengurusan zakat di Selangor.

Dalam majlis tersebut, wakil ejen kutipan turut didedahkan dengan maklumat terkini berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor melalui pembentangan ‘Hala Tuju LZS’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Sehingga kini LZS telah melantik ejen kutipan dalam kalangan syarikat firma audit dan percukaian, bank, Pos Malaysia, MYEG dan institusi pengajian tinggi bagi membantu LZS menjalankan aktiviti kutipan dan dakwah kepada organisasi korporat, syarikat dan individu muslim di Selangor.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.