LZS AGIH RM1.1 JUTA UNTUIK 41 FAKIR/MISKIN, SURAU DAN BAIK PULIH SEKOLAH



Tarikh : 5/5/2009
Penulis : Editor

KUALA SELANGOR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan bantuan berjumlah RM1.1 juta kepada 41 orang asnaf fakir miskin meliputi bantuan pembinaan rumah baru, baik pulih rumah dan kerusi roda. Bantuan turut diberikan kepada sebuah surau dan sekolah yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim di sini pada 25 April.

Bagi bantuan pembinaan rumah baru diberikan kepada 34 orang asnaf fakir/miskin berjumlah RM980,000 dengan nilai bantuan minimum RM25,000 untuk dua bilik dan maksimum RM30,000 untuk tiga bilik. Bantuan rumah ini lengkap dengan kemudahan eletrik dan bekalan air.

Bagi bantuan baik pulih rumah pula diberikan kepada lima orang asnaf fakir miskin dengan jumlah RM64,600. Bantuan minimum bernilai RM6,100 dan maksimum 17,500. Turut disampaikan dua buah kerusi roda bernilai RM1,280 dan RM1,900.

Turut disampaikan bantuan kepada Sekolah Menengah Dato’ Harun bagi bantuan Pembinaan Surau Sekolah berjumlah RM50,000 dan Sekolah Rendah Agama Nurul Huda berjumlah RM25,000.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Tn Hj Ahmad Shahir Makhtar.