LZS ADAKAN PROGRAM ZIARAH KE PTPTN



KUALA LUMPUR, 11 Februari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program Ziarah Majikan ke ibu pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru inibertujuan mengeratkan lagi hubungan antara majikan swasta dan LZS.

Kunjungan kali ini diketuai oleh Ketua Sektor Majikan, Wira Mustafa bersama dua wakil dari Pejabat Kutipan LZS yang disambut baik oleh Ketua Akauntan PTPTN, Mastura Mohd Khalid. Antara pengisian sesi ziarah termasuklah perbincangan kerjasama yang boleh dilakukan antara LZS dengan PTPTN pada masa hadapan.

Aktiviti ziarah majikan merupakan sebahagian usaha LZS dalam menyebarkan dakwah zakat, di samping bertukar-tukar pandangan ke arah penambahbaikan institusi zakat.

Dalam kunjungan tersebut, seramai 38 orang kakitangan PTPTN turut mengisi borang bayaran zakat melalui potongan gaji (Skim Berkat) bagi memudahkan mereka menunaikan kewajipan berzakat.