LTH TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM7.2 JUTA



Shah Alam, 10 Mac 2011 – DYMM Sultan Selangor berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi Lembaga Tabung Haji (LTH) negeri Selangor berjumlah RM7,186,977.46 yang diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Paduka Ismee Ismail sewaktu majlis perasmian ibu pejabat LZS.

Zakat yang dibayar adalah bagi tahun kewangan 2010 dan merupakan jumlah yang tertinggi dibayar oleh LTH berbanding negeri-negeri lain. Ia juga merupakan jumlah zakat yang tertinggi diterima LZS setakat ini.