LEBIH 600 MAHASISWA/I TAJAAN LZS BERHIMPUN ERAT SILATURAHIM



Tarikh : 5/30/2009
Penulis : Editor

BANGI – Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS mengadakan perhimpunan Mahasiswa/i dan pelajar asnaf 2009 di sini bertujuan mengeratkan hubungan di antara LZS (MAIS) dan penerima bantuan disamping memberi pededahan kepada mereka tentang hal berkaitan zakat pada 23 Mei yang melibatkan hampir 600 orang pelajar.

Mereka juga diberi peluang berkomunikasi dua hala dengan LZS (MAIS) bagi mengenalpasti masalah sebenar pelajar. Perhimpunan yang melibatkan hampir 500 orang pelajar dari pelbagai IPTA/S , Politeknik, UITM, KUIS, INPENS, TOC dan lain-lain lagi ini diadakan sempena Tahun Zakat Selangor 1430H.

Melalui program ini, Mahasiwa/i dan pelajar turut menerima bantuan wang saku tambahan sebanyak RM900 setiap seorang bagi peruntukkan bulan Januri-Jun. Turut diberikan dua buah komputer riba kepada Siti Sarah binti Ahmad dan Muhammed Syaahir Osman dengan nilai RM2450 sebuah.

Program telah dimulakan dengan acara perasmian diikuti dengan ceramah motivasi oleh Prof. Sidek Baba, Taklimat Zakat, Kemaskini Maklumat Pendataan Asnaf, Resolusi Perhimpunan Mahasiswa Asnaf dan Penubuhan Kelab dan Alumni Mahasiswa/i Asnaf.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Hasan Mohamed Ali. Turut Hadir Pengurus Besar LZS, Hj Ahmad Shahir Makhtar.