LAYARI EZO UNTUK DAPATKAN PENYATA BAYARAN ZAKAT



SHAH ALAM, 3 Mac 2017 – Pengeluar zakat yang menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor kini boleh mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan secara dalam talian dengan melayari www.zakatselangor.com.my/ezo.

EZakat Online (EZO) diperkenalkan sebagai platform yang menyediakan kemudahan kepada pengeluar zakat untuk menyemak bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat, mengemas kini maklumat peribadi, selain boleh menunaikan zakat secara terus melalui e-zakat pay.

iklan-Mais(ezo) (1)

Apa yang perlu dilakukan hanya dengan mendaftar sebagai pengguna baru di platform yang disediakan. Bagi pengguna sedia ada, mereka hanya perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan.

Untuk makluman bermula tahun 2017, Zakat Selangor tidak lagi mengeluarkan atau menghantar sebarang penyata bayaran zakat kepada pengeluar zakat. Sehubungan itu, para pengeluar zakat digalakkan menggunakan platform ini bagi memudahkan urusan zakat mereka.