LAWATAN TURUN DAERAH LZS: DEKATI ASNAF



KUALA SELANGOR, 22 April 2015 –  Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Hussin Mohd Ali turun padang ke daerah Kuala Selangor bagi menziarahi dan mendekati golongan penerima zakat dalam siri lawatan ke daerah cawangan operasi LZS.

Ini merupakan siri lawatan daerah yang ketujuh diadakan bermula di daerah Gombak, Petaling, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Lawatan dimulakan dengan penyerahan sumbangan karpet kepada Masjid An– Nur Saujana Utama bernilai RM50,000. Ia diikuti dengan mengunjungi penerima bantuan modal LZS, Rosli Idris. Beliau merupakan asnaf yang mengusahakan perniagaan makanan dan kuih-muih di Puncak Alam.

4

Dalam siri lawatan tersebut, LZS menyampaikan sumbangan baik pulih dan peralatan berjumlah RM60,000 kepada Maahad Tarbiyah Islamiyyah Al–Ansar Batu 6 ½ Kampung Asahan yang terlibat dalam bencana ribut baru-baru ini. Turut menerima sumbangan bencana ialah Zaubidah Saidin dan Muhammad Saidin masing- masing berjumlah RM500 bagi setiap keluarga.

3

Lawatan diteruskan ke rumah Mohammed Ali Hitam bagi menyampaikan bantuan baik pulih rumah bernilai RM 24,235 dan penyerahan rumah baru kepada keluarga Ahmad Epee Bakri di Kampung Sungai Yu berjumlah RM47,000.

Destinasi terakhir dengan menziarahi Basri Mat Noor yang merupakan salah seorang asnaf yang mengusahakan sawah di Sungai Burong, Tanjong Karang.

Hadir sama dalam program ini Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid dan Pengurus Daerah Kuala Selangor, Abdul Razak Razali.