LAUNCHEON TALK DRB HICOM: TINGKATKAN KEFAHAMAN AGIHAN ZAKAT



SHAH ALAM, 28 September 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Kumpulan DRB Hicom Berhad menganjurkan Launcheon Talk – Agihan Semula Zakat (Korporat) 2015 ke-2 bertempat di Wisma DRB Hicom di sini hari ini.

Program bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman khususnya mengenai agihan semula zakat dalam kalangan syarikat korporat.  Di samping itu, program ini juga telah memberikan penerangan berkaitan pengurusan zakat yang dilaksanakan oleh LZS terutamanya dalam memberi memberikan gambaran sebenar pengurusan agihan zakat di Selangor.

rsz_dsc02785

Antara pengisian termasuklah sesi taklimat dari Pengurus Sektor Pengurusan Perhubungan Zakat, Shamshuri Ashaari berkaitan konsep agihan semula zakat. Turut diadakan sesi perkongsian pengalaman agihan semula zakat oleh Ketua Kewangan Kumpulan DRB Hicom Berhad, Aminah Othman dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Worldwide Holdings Berhad, Ami Nardin Ishak.

 

Para peserta program kali ini terdiri daripada pengurusan kanan kumpulan DRB Hicom Berhad beserta Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil anak-anak syarikat di bawah kumpulan DRB Hicom Berhad.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohd Adzib Mohd Isa, Orang Besar Daerah Petaling merangkap Ahli Jawatankuasa Agihan LZS, Dato’ Emran Kadir dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Mohd Khamil Jamil.