KUTIPAN ZAKAT@POS SASARKAN RM1 JUTA TAHUN 2008



Shah Alam – LZS telah mengadakan satu program diadakan di Muzium Kesenian Islam, Shah Alam baru-baru ini. Program yang diberi nama Zakat@Pos yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini bertujuan memberi kefahaman meluas kepada semua Ketua Pos Cawangan di seluruh Negeri Selangor.

Program dijadual bermula dari tengahari sehingga petang ini, memberi reaksi positif dari setiap kakitangan yang hadir. Pada masa yang sama, ingin meningkat potensi kutipan zakat di kaunter pejabat pos. Pada tahun ini, disasarkan kutipan mencecah RM1juta dengan 1500 orang pembayar. Jika dibandingkan sebanyak RM834,981 dengan hanya 1,251 orang pada tahun 2007.

Selain memberi suntikan semangat kepada kakitangan, kiraan zakat turut sama diselitkan. Begitu juga, menyampaikan potensi kutipan selain permasalahan yang berbangkit. Dengan adanya majlis sebegini, ia akan merapatkan hubungan akrab antara pihak kakitangan Pos Malaysia Negeri Selangor dan LZS sendiri.

Sepanjang majlis berlangsung, turut sama dijayakan adalah pembukaan kaunter penerangan zakat, takzirah sebelum solat zohor dan solat zohor berjemaah serta edaran pamplet dan juga poster zakat.