KURSUS CEMERLANG SKOR A BANTU ANAK ASNAF HADAPI PEPERIKSAAN



SHAH ALAM– Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan kursus Cemerlang Skor A untuk anak-anak asnaf fakir dan miskin bagi persediaan sepenuhnya untuk menghadapi peperikasaan.

Kursus ini diberikan kepada mereka yang akan mengahadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSA), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dimana ia melibatkan guru-guru pakar.

Antara objektif kursus ini ialah mendedahkan pelajar cara-cara serta teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat, menilai kebolehan dan kecekapan para peserta menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan oleh guru pakar dalam tempoh masa yang diberikan dan memberikan persaingan yang sihat antara peserta untuk meningkatkan prestasi dalam setiap subjek.

Sebanyak tiga siri dilaksanakan sepanjang bulan Julai lalu bagi pelajar yang akan menghadapi UPSR yang melibatkan seramai 98 orang. Manakala kursus bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan lain akan diadakan di tarikh yang lain.