KUMPULAN JOHOR CORPORATION TUNAI ZAKAT LEBIH RM721 RIBU



SERDANG–Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Johor Corporation berjumlah RM721,697 ribu bagi tahun kewangan berakhir 2011di sini baru-baru ini bagi anak syarikatnya QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd.

Zakat perniagaan ini diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif, LZS Hj Mohamed Izam b. Mohamed Yusof dan diserahkan oleh Mohd Roslan Mohd Saludin, Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal, KFC Holding Malaysia Berhad.

Turut hadir Pengurus Besar, Pejabat Kutipan LZS, Sahadan Ishak. Majlis ini diadakan di Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012.

Leave a Reply