KKZ 2017: PLATFORM DAKWAH AGIHAN ZAKAT



SHAH ALAM, 29 September 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat Zakat Negeri-Negeri mengadakan Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan (KKZ) 2017 yang diadakan pada 24 hingga 26 September baru-baru ini bertempat di Negeri Sembilan. 
Penganjuran kali keenam dengan Tema ‘Kembara Al-Barakah Di Bumi Perpatih’  bertujuan menghebahkan aktiviti agihan zakat kepada masyarakat, di samping merapatkan ukhuwah antara institusi zakat dengan asnaf.
Ia disertai hampir 100 peserta terdiri daripada warga kerja JAWHAR, wakil pusat-pusat zakat negeri dan Majlis Agama Islam Negeri. 
 
Lembaga Zakat Selangor turut menghantar seramai lapan orang wakil bagi menyertai konvoi tersebut. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah gotong royong, ziarah dan agihan sumbangan kepada rumah asnaf. Selain itu, peserta konvoi juga melawat perkampungan orang Asli Pabai, Rembau dan penyampaian sumbangan kepada masyarakat Islam di situ. 
 
Untuk makluman, KKZ merupakan acara tahuan yang sebelum ini pernah diadakan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor, Sabah dan Kedah.