KENYATAAN AKHBAR: PRESTASI PENCAPAIAN AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI SELANGOR 2016



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

TERIMA KASIH KEPADA WAKIL-WAKIL MEDIA YANG HADIR PADA HARI INI.

SUKACITA SAYA INGIN MEMAKLUMKAN PRESTASI DAN BEBERAPA PERKARA MENGENAI PENCAPAIAN AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2016.

1. PRESTASI KESELURUHAN AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT 2016

 DALAM USAHA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR MENYANTUNI ASNAF DAN MEMUDAHKAN PENGELUAR ZAKAT, ALHAMDULILLAH ZAKAT SELANGOR TELAH MENGAGIHKAN SEBANYAK RM697.5 JUTA DAN MENGUTIP SEBANYAK RM673.7 BAYARAN ZAKAT PADA TAHUN 2016.

2. AGIHAN ZAKAT

PADA TAHUN 2016 YANG LALU, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MELALUI ZAKAT SELANGOR TELAH MENGAGIHKAN WANG ZAKAT KEPADA GOLONGAN YANG LAYAK DI SELANGOR SEBANYAK RM697.5 JUTA BERBANDING RM676.0 JUTA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2015). JUMLAH PENGAGIHAN INI DILIHAT MENINGKAT SEBANYAK 3.2 PERATUS DENGAN PERBEZAAN SEBANYAK RM21.4 JUTA.

IA BERIKUTAN INISIATIF ZAKAT SELANGOR PADA TAHUN 2016 YANG MENGEMAS KINI BANTUAN ZAKAT MENGIKUT KEUTAMAAN BERDASARKAN MAQASID SYARIAH. PENDEKATAN AGIHAN ZAKAT INI ADALAH MENYENARAIKAN BANTUAN ZAKAT MENGIKUT KEPERLUAN DHARURIYAT (BANTUAN UTAMA), HAJIYYAT (BANTUAN SEKUNDER) DAN TAHSINIYAT (BANTUAN PILIHAN).

PECAHAN PENGAGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF ADALAH SEPERTI BERIKUT

BILASNAFRM (JUTA)PERATUS (%)
1FAKIR98,166,832.9098.2 JUTA14.07
2MISKIN200,509,311.30200.5 JUTA28.75
3AMIL84,217,035.2484.2 JUTA12.07
4MUALLAF60,924,009.2360.9 JUTA8.73
5FISABILILLAH150,174,800.30150.2 JUTA21.53
6GHARIMIN72,864,046.7872.9 JUTA10.45
7IBNU SABIL206,361.890.2 JUTA0.03
8RIQAB30,431,614.1830.4 JUTA4.36
JUMLAH KESELURUHAN AGIHAN ZAKAT 2016697,494,011.32697.5 JUTA100.0

 3. ASNAF FAKIR DAN MISKIN

BILANGAN ASNAF FAKIR YANG MENERIMA BANTUAN PADA TAHUN LEPAS (2016) IALAH SERAMAI 13,522 KELUARGA. MANAKALA BAGI ASNAF MISKIN ADALAH SERAMAI 32,978 KELUARGA.

OLEH ITU, JUMLAH KESELURUHAN FAKIR DAN MISKIN PADA TAHUN LEPAS (2016) ADALAH SERAMAI 46,500 KELUARGA IAITU PENINGKATAN SEBANYAK 2,207 KELUARGA BERBANDING 44,293 KELUARGA TAHUN 2015.

PADA TAHUN 2016, SERAMAI 175 ORANG PENERIMA BANTUAN MODAL DI BAWAH PEMANTAUAN TERAJU EKONOMI ASNAF (TERAS) ZAKAT TELAH KELUAR DARI KATEGORI ASNAF.

 PADA TAHUN 2016, ZAKAT SELANGOR TURUT BERHADAPAN DENGAN PERTAMBAHAN PENERIMA ZAKAT. ANTARA FAKTOR UTAMA PERTAMBAHAN INI ADALAH:

a) PENINGKATAN KOS SARA HIDUP YANG MEMBERI KESAN KEPADA MASYARAKAT TERUTAMA DALAM       KALANGAN B40 IAITU ISI RUMAH BERPENDAPATAN 40 PERATUS TERENDAH (PENDAPATAN: RM3,855     KE BAWAH)

b) PENGHIJRAHAN WARGA NEGERI LAIN KE SELANGOR UNTUK MENCARI REZEKI

c) KEHILANGAN PEKERJAAN AKIBAT DARI SYARIKAT-SYARIKAT YANG INGIN MENURUNKAN KOS OEPRASI

4. KUTIPAN ZAKAT (HARTA DAN FITRAH)

 JUMLAH KUTIPAN ZAKAT DI SELANGOR PADA TAHUN 2016 TELAH MELEBIHI SASARAN, DENGAN JUMLAH KUTIPAN SEBANYAK RM673.7 JUTA BERBANDING RM627.2 JUTA DALAM TEMPOH YANG SAMA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2015).

JUMLAH INI MELEBIHI KUTIPAN TAHUN 2015 DENGAN PERBEZAAN SEBANYAK RM46.5 JUTA. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SEBANYAK RM651.5 JUTA DIKUTIP DARIPADA ZAKAT HARTA, MANAKALA RM22.2 JUTA DARIPADA ZAKAT FITRAH.

PECAHAN KUTIPAN ZAKAT MENGIKUT JENIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

BILJENIS ZAKATKUTIPAN (RM)PERATUS PENINGKATAN
20162015
1.PENDAPATAN414.6 JUTA386.0 JUTA7.4
2.PERNIAGAAN123.3   JUTA117.3 JUTA5.2
3.SIMPANAN43.4   JUTA38.1 JUTA13.9
4.HARTA42.0   JUTA39.3 JUTA7.0
5.SAHAM10.3 JUTA10.2 JUTA1.2
6.KWSP12.6   JUTA9.7 JUTA29.6
7.EMAS2.8   JUTA2.5 JUTA10.3
8.TANAMAN2.4   JUTA2.5 JUTA-5.2
9.TERNAKAN0.04   JUTA0.05 JUTA-28.8
10.PERAK0.09   JUTA0.05 JUTA70.2
 JUMLAH KUTIPAN ZAKAT HARTA651.5 JUTA605.7 JUTA7.6
11.FITRAH22.2   JUTA21.5 JUTA3.5
 JUMLAH KESELURUHAN KUTIPAN ZAKAT 2016673.7 JUTA627.2 JUTA7.4

 

5. JUMLAH PENGELUAR ZAKAT HARTA

JUMLAH PENGELUAR ZAKAT HARTA BAGI TAHUN 2016, IALAH SERAMAI 267,431 ORANG (MENINGKAT 4.5 PERATUS) BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA 2015 IAITU SERAMAI 256,001 ORANG.

 6. STRATEGI KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT TAHUN 2017

MENGAMBIL KIRA FAKTOR KESEDARAN MENGELUARKAN ZAKAT YANG SEMAKIN MENINGKAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DAN PENINGKATAN JUMLAH ASNAF FAKIR DAN MISKIN SERTA ASNAF-ASNAF LAIN PADA SABAN TAHUN, MAKA ZAKAT SELANGOR MELETAKKAN SASARAN KUTIPAN ZAKAT SEBANYAK RM700 JUTA DAN AGIHAN ZAKAT SEBANYAK RM670 JUTA BAGI TAHUN 2017.

 DALAM USAHA MENERAJU PERUBAHAN BAGI MENYANTUNI ASNAF DAN MEMUDAHKAN PENGELUAR ZAKAT, BEBERAPA INISIATIF TELAH DIRANGKA DAN AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2017 TERMASUKLAH:

a) KEUTAMAAN BANTUAN KEPADA ASNAF FAKIR, MISKIN DAN MUALAF

PUSAT PENGAJIAN SAINS AKTUARI DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) TELAH MENJALANKAN SATU KAJIAN KE ATAS ZAKAT SELANGOR, BAGI MELIHAT BERAPAKAH JUMLAH WANG ZAKAT YANG DIPERLUKAN BERDASARKAN KEPADA PENGKALAN DATA ASNAF DAN TREND AGIHAN YANG DILAKSANAKAN.

HASIL DARIPADA KAJIAN TERSEBUT MENUNJUKKAN BAHAWA, ZAKAT SELANGOR MEMERLUKAN SEBANYAK RM826 JUTA UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN ASNAF PADA TAHUN 2016. MANAKALA PADA TAHUN 2017, JUMLAH YANG DIUNJURKAN OLEH KAJIAN TERSEBUT, ADALAH SEBANYAK RM1.019 BILLION. IA MENJANGKAU KEMAMPUAN KUTIPAN ZAKAT SELANGOR PADA MASA INI.

OLEH ITU, PENYUSUNAN SEMULA BANTUAN BAGI MEMBERI PENUMPUAN BANTUAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR, MISKIN DAN MUALAF BAGI MEMENUHI KEPERLUAN ASAS KELUARGA BERPANDUKAN KEPADA MAQASID SYARIAH (KEUTAMAAN) DAN BERASASKAN KEPADA KEPERLUAN SEBENAR ASNAF.

b) PROGRAM PEMBANGUNAN ASNAF

TIGA BIDANG UTAMA MENJADI ASAS KEPADA PEMBANGUNAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN IAITU PENDIDIKAN, LATIHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI, BERMULA DARIPADA IBU BAPA HINGGALAH KEPADA ANAK-ANAK MEREKA.

ANAK-ANAK FAKIR DAN MISKIN AKAN DIBERI TUMPUAN KEPADA PENDIDIKAN DAN LATIHAN BAGI MENGENAL PASTI POTENSI MEREKA DALAM BIDANG AKADEMI DAN VOKASIONAL KE ARAH PEMBINAAN KERJAYA DAN KEMENJADIAN PADA MASA AKAN DATANG. BAGI MEREALISASI USAHA INI, ZAKAT SELANGOR SEDANG GIAT MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN, NGO, PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG BERDAFTAR.

c) MEMPERKASAKAN AGIHAN SEMULA 3/8

ZAKAT SELANGOR AKAN MEMPERKASAKAN AGIHAN SEMULA 3/8 DENGAN MENJALINKAN KERJASAMA BERSAMA PENGELUAR ZAKAT KORPORAT YANG MEMOHON AGIHAN 3/8 UNTUK DISALURKAN KEPADA ASNAF FAKIR DAN MISKIN SEDIA ADA DI SELANGOR.

IA MENJADI PLATFORM KEPADA ZAKAT SELANGOR MENJADI ‘ORANG TENGAH’ YANG MENGHUBUNGKAN PENGELUAR ZAKAT KORPORAT DENGAN PARA ASNAF. IA SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBERI PELUANG KEPADA PENGELUAR ZAKAT KORPORAT UNTUK MERASAI PENGALAMAN MENGAGIHKAN ZAKAT.

d) MENGETENGAHKAN PERANAN DAKWAH DAN SYARIAH

PERANAN DAN FUNGSI DAKWAH SYARIAH DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA, AGAR ZAKAT SELANGOR MENJADI CENTRE OF EXCELLENCE (PUSAT KECEMERLANGAN) DAN MENJADI PUSAT RUJUKAN DALAM BIDANG PENGURUSAN ZAKAT SAMA ADA DI PERINGKAT NASIONAL ATAU ANTARABANGSA.

SEMUA USAHA-USAHA INI AKAN DILAKSANAKAN OLEH ZAKAT SELANGOR DAN DIPANTAU OLEH JAWATANKUASA SEDIA ADA.

SEKIAN.

 

KENYATAAN OLEH,

Y.A.D DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB MOHD ISA

PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

6 MAC 2017/7 JAMADILAKHIR 1438H