KENYATAAN AKHBAR: LZS PERJELAS ISU ‘BERHENTI SEKOLAH SARA KELUARGA’



SHAH ALAM, 4 Oktober 2011 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap berita ‘Berhenti Sekolah Sara Keluarga’ yang tersiar di akhbar Sinar Harian pada 1 Oktober 2011. Menurut berita berkenaan, individu bernama Mohd Suhaimin bin Sairi, 58 dan empat ahli keluarganya hidup dalam kesusahan lantaran masalah kesihatan yang  dihadapinya sehingga menyebabkan anak-anaknya berhenti sekolah.

LZS amat prihatin dengan aduan tersebut. Untuk makluman, keluarga ini memang merupakan asnaf miskin di LZS bagi sejak tahun 2004 hingga 2010. Antara bantuan yang telah diperolehi ialah bantuan hari raya dan bantuan kewangan bulanan. Namun begitu, awal 2010, LZS menamatkan bantuan kewangan bulanan setelah semakan semula mendapati beliau tidak lagi berada di dalam kategori yang melayakkan beliau menerima bantuan tersebut, namun masih menerima bantuan hari raya.

Berdasarkan berita yang tersiar, LZS telah menjalankan lawatan susulan di kediaman beliau bagi melihat sendiri apakah keperluan utama mereka buat masa ini. Sehubungan itu juga, LZS telah mengambil tindakan menguruskan segera keperluan berupa bantuan kewangan bulanan sebanyak RM250.00, bantuan makanan bulanan dan juga bantuan pendidikan untuk anak-anak beliau agar dapat meneruskan kembali persekolahan.

Leave a Reply