KEMPEN ZAKAT DI HATI DEKATI PENERIMA ZAKAT



SHAH ALAM, 16 November 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen ‘Zakat Di Hati’ dengan tema ‘Bersama Kami Membantu Asnaf’ yang telah memasuki tahun keempat selepas kali pertama diperkenalkan pada tahun 2012.

Kempen yang dijadualkan bermula pada 16 November sehingga 16 Disember adalah salah satu usaha dalam mendekati dan menanam roh zakat kepada setiap golongan masyarakat agar kefahaman tentang kewajipan berzakat berjaya disampaikan kepada golongan sasar melalui pelbagai pendekatan.

Lebih 37 program disusun sepanjang kempen berlangsung di setiap daerah. Di antaranya aktiviti dakwah, kuiz zakat, operasi khas bersama majikan, forum perdana, kempen taksiran zakat niaga, khutbah zakat, agihan zakat dan slot bicara zakat@IKIM.FM.

Dalam masa yang sama, LZS juga menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak di setiap lokasi program bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan.

Dalam usaha menggalakkan pengeluar zakat, LZS mengembangkan inovasi pembayaran zakat atas talian melalui E-Zakat Online yang boleh dilayari di laman web rasmi LZS.

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh dilayari di www.zakatselangor.com.my/zakatdihati atau menghubungi terus pihak sekretariat kempen LZS di Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353 atau layari  http://facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS.