KEMPEN ‘ZAKAT DI HATI’ DEKATI PEMBAYAR ZAKAT



SHAH ALAM, 9 November 2012 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen ‘Zakat Di Hati’ dengan tema ‘Ibadah Dihayati’ di sebuah hotel di sini. Kempen dilancarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Dato’ Noordin Sulaiman.

Kempen ini telah bermula pada 1 November lalu sehingga 30 November. Ia bermatlamat mendekatkan ibadah zakat kepada masyarakat, agar setiap individu muslim memahami kewajipan zakat sebagai rukun Islam ketiga dan membudayakan zakat dalam kehidupan.

Lebih 50 program disusun sepanjang kempen berlangsung. Di antaranya pertandingan video dakwah zakat yang terbuka kepada umum, operasi khas bersama majikan, forum bersama peminat Facebook LZS, Zakat @ IPT, ‘Hi-tea’ bersama korporat, zakat bersama petani, Zakat @ Street dan banyak lagi.

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh dilayari di www.zakatselangor.com.my/zakatdihati atau menghubungi terus pihak sekretariat kempen LZS di talian zakat Selangor 1-800-88-5353 atau melayarihttp://facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Roslinah Md. Jani, Pengurus Besar Pejabat Kutipan LZS, Roszy Non dan Bendahari Negeri Selangor, Mohd Azizi Bin Mohd Zin