‘BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI’ SASAR SYARIKAT TUNAI ZAKAT MENERUSI SKIM BERKAT



SHAH ALAM, Oktober 2018 –  Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen ‘Berbahagia Dengan Memberi’ bagi menggalakkan lebih ramai warga kerja di syarikat swasta menunaikan zakat melalui potongan gaji atau dikenali sebagai Skim Berkat. 
 
Kempen yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2018 ini, mensasarkan syarikat-syarikat swasta yang belum pernah membuat sebarang bayaran zakat melalui potongan gaji untuk kakitangannya. Selain itu, kempen ini juga terbuka kepada syarikat yang tidak aktif dalam bayaran zakat  untuk tempoh setahun dengan berpeluang menyertainya melalui pembayaran zakat dalam tempoh kempen sedang berlangsung.
 
Bagi mereka yang ingin menyertai kempen ini, hanya perlu mendaftar melalui pautan http://www.zakatselangor.com.my/kempenberbahagiadenganmemberi/. Syarikat yang bertuah, akan dipilih melalui e-cabutan dan akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon. Sebarang pertanyaan berkaitan kempen boleh menghubungi Norhazirah di talian 012 629 6791 atau Hatta di talian 019 388 0573.