KDEB dan Anak Syarikat Serah Zakat Perniagaan RM87 Ribu



SHAH ALAM, 17 Oktober 2016 – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak syarikat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM87,609.45 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) pada 7 Oktober baru-baru ini.

Cek zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakir 2015 ini diserahkan oleh Ketua Pegawai  Agama KDEB, Zaharudin Muhammad kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir, Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim.