KAUNTER ZAKAT DIBUKA TUJUH HARI SEMINGGU



Shah Alam — Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS membuka kaunter perkhidmatannya di seluruh negeri Selangor tujuh hari seminggu sepanjang Disember ini. Ia bertujuan memberikan kemudahan pembayaran zakat kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

LZS (MAIS) mempunyai 22 buah kaunter di seluruh negeri Selangor. Kaunter-kaunter tersebut ialah Kaunter LZS Ibu Pejabat, Masjid Negeri dan Kompleks PKNS di Shah Alam, Kaunter LZS Seksyen 14, Petaling Jaya; Kaunter LZS Wisma Dicor, Subang Jaya; Kaunter LZS Masjid Mujahideen, Damansara dan Kaunter LZS Kompleks MAIS, Klang.

Lain-lain kaunter ialah Kaunter LZS Bandar Puteri, Puchong; Bandar Baru Selayang; Taman Melawati; Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Pejabat Agama Islam Taman Keramat; Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor; Bandar Kajang; Bandar Banting; Bandar Baru Bangi; Bandar Baru Ampang; Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang; Wisma Dato’ Lope, Cheras; Bandar Tanjung Karang; Bandar Sungai Besar dan Kaunter LZS Bandar Melawati, Kuala Selangor.

Waktu urusan di seluruh kaunter dari hari Isnin hingga Jumaat ialah 8.30 pagi hingg 4.30 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum ialah dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Kaunter terpilih di kawasan tumpuan ramai turut dibuka pada waktu rehat pada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang. Kaunter ditutup pada Hari Raya Haji.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah taksiran dan pembayaran semua jenis zakat harta, qada zakat, pembayaran fidyah puasa dan pembelian saham wakaf. Pembayaran zakat boleh dibuat sama ada secara tunai, cek, kad kredit dan kad debit.