KAUNTER MINI ZAKAT PUNCAK ALAM DIBUKA SEPANJANG RAMADAN



KUALA SELANGOR, 23 Jun 2015 – Sepanjang bulan Ramadan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Kuala Selangor membuka Kaunter Mini Zakat di Masjid Puncak Alam bagi memberi peluang kepada masyarakat di kawasan sekitar membuat sebarang urusan kutipan dan agihan zakat.

IMG-20150623-WA0045

Ia beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadan ini. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, Kaunter Mini akan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.