KAUNTER LZS CAWANGAN KLANG SENTRAL DIBUKA MULAI ISNIN INI



SHAH ALAM, 6 Jan 2011 – Kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Klang Sentral akan memulakan operasinya mulai 10 Januari 2011, iaitu pada hari Isnin. Serentak dengan itu juga, kaunter LZS di Aras 3, Kompleks MAIS, Bandar Klang akan ditutup.

Alamat lengkap bagi kaunter baharu LZS Cawangan Klang Sentral adalah seperti berikut: No 31-G, Jalan KS9/ KU5, Taman Klang Sentral Bukit Raja, Klang. Manakala nombor telefonnya adalah 03-33416939 dan faks: 03-33416899.

Selain Kaunter LZS di Klang Sentral, pelanggan bagi daerah Klang juga boleh berurusan di kaunter LZS cawangan Klang yang terletak di Masjid Bandar Diraja, Jalan Pasar, Klang, Selangor.
Untuk maklumat lanjut berkaitan kaunter boleh hubungi 03-5522 7777 atau layari www.zakatselangor.com.my.