KAUNTER IPT UKM BERPINDAH



BANGI, 17 Februari 2014 – Kaunter penolong amil institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpindah ke lokasi baharu yang lebih strategik bertempat Pusat Islam UKM bermula Disember 2013.

Sebelum itu, kaunter tersebut telah beroperasi di Pusanika UKM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali baru-baru ini.

Kaunter IPT UKM ini merupakan antara enam penolong amil IPTA/IPTS yang dilantik LZS bagi mengutip zakat untuk pembayar dari dalam dan juga luar IPT serta mengagihkan zakat untuk kakitangan dan pelajar di IPT masing-masing.